Sharing is Caring

many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...

 
Shout Box


(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku

Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...


Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada


Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
manusia parasit bergantungan hypokrasi
Thursday, September 29, 2005
tajuk entri ini tiada cacat celanya.

memang dunia ini adalah pentas dan kita adalah pelakonnya. miskin kaya, hina papa, jujur hasad itu semua adalah watak yang menjalankan ceritanya. dialog manis, kata pujangga bahasa berbisa berbunyi saban hari tiada titik noktahnya. selagi ada manusia melakonkannya, salagi ada manusia menontonnya pasti episod seterusnya berjalan seperti dirancangkannya. yang kaya dengan kayanya. yang fakir dengan fakirnya.
situa bertemankan tongkat usia, sikaya bertemankan kereta mewahnya.
dari episod ke episod tiada penghujungnya.
si alim rumahnya masjid si lupa rumahnya penuh dengan nikmat.
hiruk tetap dengan pikuknya. siang berganti malam bulan menggantikan sang suria. hujan turun selepas panas. embun menjelma disubuh hari.

itulah rutinnya. itulah latarnya. itulah gambarnya.
tiada bezanya. semua tetap sama. liku-liku ini sungguh berliku.
aku masih mencari si ilmu, mengajar arti dunia, arti selepas dunia, arti hidup, arti mati.
dimanakah ia. dari manakah ia, kemanakah ia.
aku bertemu bosan. jalan terawang-berawangan.

terapung.
naik tidak turun pun tidak.
ketepi tiada, mengetepi pun tiada.
aku terus berlalu mencari.
mencari jalan mati.



alhamdulillah, siap gak @ 12:59 AM   1 comments
lia - suatu pembohongan
Wednesday, September 28, 2005
aku rebahkan badan atas katil. mata dipejam. nafsu mula mengelamun...

terdengar azan subuh, jam baru pukul enam, aku sambung tidur. aircond diperlahankan. selimut ditarik. argh...
tiada mimpi yang indah, cuma tidur kosong.
aku terjaga lagi, matahari dah tinggi. bantal berselerakkan dilantai. aku bingkas bangun. rokok dinyalakan. asap bergumpalan.
aku bergegas mandi, sekadar mandi kosong. gigi diberus, rambut disyampu, badan disabun. muka xcuci, loreal dah habis.
aku pakai jeans, t-shirt putih. turun ke dapur.
buka tudung saji. cuma ada roti bakar. hati ku terbakar. aku panggil bibi. buatkan aku sanwich, secawan susu panas. aku marah bibi. tak reti nak sediakan sarapan aku. dah 8 tahun jadi orang gaji, sarapan aku masih diabaikan.
bibi terdiam. turut saja kehandak aku. sanwich dihidang, susu panas di sediakan. aku makan sekeping, susu separuh cawan.
aku capai kunci kereta. arg... mana kunci jazz aku? adik aku dah bawa ke sekolah, pantang aku bangun lewat, mesti kereta aku disapu!
aku guna perdana bapak aku. dia bukannya tahu. asyik-asyik outstation. kali ni ke bali. apa tujuannya aku tak tahu. mama sibuk dengan persatuan wanitanya.
aku pandu tanpa arah tuju. handphone aku bernyanyi. akon-lonely. macam diri aku yang lonely.
lia call, suruh aku ambik kt airport. aku setuju. pandu dengan lajunya. aku singgah 7E, beli dunhill 20. awek cun 7E senyum kt aku. tapi bukan taste aku. aku hulur rm7. aku belah. baki aku halalkan untuk dia.
jam 2.25 petang. lagi 15 minit flight lia sampai. aku lepak aja dalam kereta. pasang mp3. p. ramlee. nak buat macam mana. itu aja yang ada. idol bapak aku kot.
lia call. dah sampai. aku pergi sambut. rindu jugak. dekat setahun aku tak jumpa dia.
mintak aku bawakan ke hotel. no problem. lia tu selalu menyusahkan aku. tapi aku suka. pasti aku dapat habuannya. maklumlah, awek kota metropolitan.
singgah dekat kfc jln stadium. cuma minum aja. aku xsuka sangat kfc nih. tapi mana ada restoran yang best kt sini.
borak kejap.
bergegas ke hotel. lia check in. aku ikut aja. buat donno aje. lama tak tidur hotel. tambah pulak dengan lia. owh seronoknya. syaitan menguasai diri...
jam pukul 9.00 malam kami ke club. just nak enjoy aje. setakat club kt sini, boleh la nak suka-suka. tapi, kalau nak bersuka-ria, tak payahlah.
lia macam biasa. air mahal diordernya. aku pun turut merasa... segelas, tambah satu lagi.
lia masih ok, tapi aku tak ok. lia beritahu aku dia nak jumpa adiknya sekejap. setahu aku dia mana ada adik. aku tahu dia bohong. apatah lagi cerita nie pun bohong...
alhamdulillah, siap gak @ 2:29 AM   0 comments
SLG
Monday, September 19, 2005
tadi aku p interview SLG. hahaha.. selamber aje aku pi pakai t-shirt ngan seluar jeans hitam. orang lain semuanya berkemeja. Lagi pun dah lama aku tak pakai baju kemeja.. ni antara dialog aku ngan interviewer tu..

aku : assalamualaikum
interviewer : waalaikumussalam, sila duduk.
aku : terima kasih
interviewer : awak higher diploma?
aku : ye, encik.
interviewer : hgher diploma ni cmner?
aku : atas sikit pada diploma, bawah skit dari degree..
interviewer : betul ke awak nih.. (dengan muka toya)
aku : emh..
interviewer : tengok IC..
(aku mengeluarkan IC aku)
interviewer : ASDI MISRUN, awak nie kacukan jawa ke?
aku : takdelah, melayu piaw..
interview : melayu asli lah ni.
aku : ye encik..
interviewer : baiklah, 2 oktober nih awak datang, jangan lupa pulak tau.
Aku : insyaAllah encik, terima kasih encik..
(aku pun bangun dan blah dari situ..)
alhamdulillah, siap gak @ 6:27 PM   0 comments
cinta mu mekar dihati
jom la layan lagu ni pulak..
takde mood nak menulis..
may - cinta mu mekar dihati

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya
alhamdulillah, siap gak @ 2:59 AM   0 comments
mati lah aku
Sunday, September 18, 2005
tadi cik yati jumpa aku, dia tanya betul ke aku pinjam novel dari mawi? dengan selamba aku yawab ya. dia macam tak caya aja aku baca novel. hahaha.. dia pun pinjam novel kat mawi gak. dah habis baca dah. dia nak tukar ngan aku. tapi...


aku tak baca lagi.
alhamdulillah, siap gak @ 1:38 AM   0 comments
layan novel la pulak
Friday, September 16, 2005
dah lama aku tak menulis dalam blog nih. - ayat sterotaip blogger bila dah lama tak menulis. nyampah tol, cam xde ayat lain nak tulih!
tengok cam aku nih!

dua hari lepas aku jumpa mawi. hahaha... fake mawi. dia beli novel baru. judul apa, aku tak ambik tau. tak sangka mamat tu baca novel, susah nak cari lelaki yang layan novel nih. aku pun cakap aku nak pinjam koleksi novel dier. terkejut dier bila aku nak pinjam. aku pretend aje. hahaha..

hari nih aku lagi terkejut! dia bawa 2 buah novel untuk aku. mampus aku nak habiskan. SEREDUP KASIHMU, karya nia azalea, 556 halaman. KAU UNTUKKU, karya aisya sofea, 521 muka surat.


terima kasih kepada cik yati kerana belanja saya chiken wing 2 ketul, baru aje habis makan..
alhamdulillah, siap gak @ 1:44 AM   0 comments
entahlah
Tuesday, September 06, 2005
message :
er_xy: askum, dah bila nak online nye. slalu on sms jer. tak cyber lansung

sender :
322350000405

sent :
5-sept-2005
14:39:34



aku memang tak cyber.. aku macam ni aje.. tapi ko saper ek? ko kenal aku ker?
alhamdulillah, siap gak @ 12:01 AM   0 comments
peranan abah lebih besar dari ibu
Sunday, September 04, 2005
aku bukan nak nafikan pengorbanan dan peranan seorang mak, tapi biarlah aku memperkatakan tanggungjawab yang perlu ditanggung dan digalas oleh seorang abah.
sebagai seorang ketua kepada isteri, ketua kepada anak-anak dan ketua kepada sebuah keluarga adalah cukup berat untuk menjadi 3 jenis ketua dalam satu masa. itulah yang perlu dam mesti ditempuhi oleh seorang lelaki yanh bergelar abah.

tak siapa tahu masalah yang dihadapi oleh abah. aku percaya, sebagai seorang ketua, abah tidah mahu masalahnya diketahu oleh anak-anaknya termasuk isterinya. aku masih lagi percaya, abah bukannya mahu merahsiakan segala masalahnya kepada isteri, tapi abah tidah mahu sang isterinya turut merasa kusut apabila sang isteri mengetahui masalahnya yang serabut. disinilah abah perlu mentadbir 9 akal yang dikurniakan. mana ada seorang abah mahu menceritakan segala masalahnya kepada anak-anak dan isterinya? seorang abah pasti tidak sanggup mencalarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh anak-anak dan isterinya.

bila pulang dari kerja, pasti abah tersenyum lebar (sekalipun tak siapa tahu apa masalah yang dihadapi masa dipejabat). ‘sayang abah dah makan ke belum?’ walaupun perut abah kosong, tapi pasti abah menanyakan perut anak-anak dan isterinya agar sudah berisi..

tapi beruntunglah kalau abah bekerja dipejabat.. macammana pula kalau abah bekerja sebagai pemandu teksi? balik kah dia ketika jam menunjukkan pukul 4.15 petang? adakah abah akan cuti setiap hujung minggu? adakah gaji abah tetap akan jalan kalau abah tak pergi kerja? perlukah abah mengambil mc kalau sakit?

dulu aku selalu dengar kawan-kawan aku kata driver teksi nie memang cekik darah! tambang dari terminal nak balik kolej pun sampai 10 ringgit! kalau naik bas, baru berape aje.. aku tak mahu komen ape-ape sebab abah aku pun pemandu teksi.. aku tahu segala masalah dan risiko seorang pemandu teksi, aku dibesarkan pun dengan teksi tu!. aku masuk kolej pun pakai duit dari teksi tu.. dari sekolah rendah sampai aku habis blaja pun teksi tu menjadi punca rezeki.. bak kata pepatah, hanya jauh hari sahaja yang mengenal manikam. biarlah apa orang nak kata..

macam mana kalau abah aku accident? macammana kalau teksi tu rosak teruk? mana nak cari duit untuk direpair? memang insurans ada? tapi on the spot ke dia nak bagi duit utk repair teksi tu? kalau dibiarkan lama-lama, macammana nak survive hidup sedangkan teksi tu main income? cuba fikirkan..



abah terlibat dalam kemalangan pada pertengahan bulan lapan...

alhamdulillah, siap gak @ 5:01 PM   0 comments
About Me

Name: asd
Home: mesia
About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.

See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2006 Sharing is Caring.