many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...
Shout Box
(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku
Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada
Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
peranan abah lebih besar dari ibu
Sunday, September 04, 2005
aku bukan nak nafikan pengorbanan dan peranan seorang mak, tapi biarlah aku memperkatakan tanggungjawab yang perlu ditanggung dan digalas oleh seorang abah. sebagai seorang ketua kepada isteri, ketua kepada anak-anak dan ketua kepada sebuah keluarga adalah cukup berat untuk menjadi 3 jenis ketua dalam satu masa. itulah yang perlu dam mesti ditempuhi oleh seorang lelaki yanh bergelar abah.
tak siapa tahu masalah yang dihadapi oleh abah. aku percaya, sebagai seorang ketua, abah tidah mahu masalahnya diketahu oleh anak-anaknya termasuk isterinya. aku masih lagi percaya, abah bukannya mahu merahsiakan segala masalahnya kepada isteri, tapi abah tidah mahu sang isterinya turut merasa kusut apabila sang isteri mengetahui masalahnya yang serabut. disinilah abah perlu mentadbir 9 akal yang dikurniakan. mana ada seorang abah mahu menceritakan segala masalahnya kepada anak-anak dan isterinya? seorang abah pasti tidak sanggup mencalarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh anak-anak dan isterinya.
bila pulang dari kerja, pasti abah tersenyum lebar (sekalipun tak siapa tahu apa masalah yang dihadapi masa dipejabat). ‘sayang abah dah makan ke belum?’ walaupun perut abah kosong, tapi pasti abah menanyakan perut anak-anak dan isterinya agar sudah berisi..
tapi beruntunglah kalau abah bekerja dipejabat.. macammana pula kalau abah bekerja sebagai pemandu teksi? balik kah dia ketika jam menunjukkan pukul 4.15 petang? adakah abah akan cuti setiap hujung minggu? adakah gaji abah tetap akan jalan kalau abah tak pergi kerja? perlukah abah mengambil mc kalau sakit?
dulu aku selalu dengar kawan-kawan aku kata driver teksi nie memang cekik darah! tambang dari terminal nak balik kolej pun sampai 10 ringgit! kalau naik bas, baru berape aje.. aku tak mahu komen ape-ape sebab abah aku pun pemandu teksi.. aku tahu segala masalah dan risiko seorang pemandu teksi, aku dibesarkan pun dengan teksi tu!. aku masuk kolej pun pakai duit dari teksi tu.. dari sekolah rendah sampai aku habis blaja pun teksi tu menjadi punca rezeki.. bak kata pepatah, hanya jauh hari sahaja yang mengenal manikam. biarlah apa orang nak kata..
macam mana kalau abah aku accident? macammana kalau teksi tu rosak teruk? mana nak cari duit untuk direpair? memang insurans ada? tapi on the spot ke dia nak bagi duit utk repair teksi tu? kalau dibiarkan lama-lama, macammana nak survive hidup sedangkan teksi tu main income? cuba fikirkan..
abah terlibat dalam kemalangan pada pertengahan bulan lapan...
Name: asd Home: mesia About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.