Sharing is Caring

many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...

 
Shout Box


(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku

Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...


Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada


Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
pengajaran
Tuesday, August 30, 2005
aku : tin mau ka?
dia : mau, mau.
aku : nie ada satu lagi..
dia : terima kasih..
aku sama-sama..
dia : mai jauh (datang dari jauh)
aku : mana?
dia : kubang rotan…
aku : haiya..
dia : takda kerja...
aku : sama la..

lalu orang tua cina tu pun pergi dengan sebijik motor honda yang agak uzur dari tempat pembuangan sampah. aku mula terfikir bila pakcik tu cakap dia takda kerja. memcari sesuap nasi dengan memgutip bahan yang dibuang untuk dijual. itulah punca rezekinya. membesar anak-anak. macammanalah aku bila dah tua nanti? macam tu kah nasib aku? aku redha. rezeki halal. asalkan aku tak mencuri...
alhamdulillah, siap gak @ 5:25 PM   0 comments
mungkinkah terjadi
jom layan lagu dulu...

seringkali hati bertanya
tiap saat kita bersama
sampai bilaku harus memendam rasa

tak pernah aku merasai
bibir terkunci
jiwa bergelora rasa tak percaya
adakah ku bermimpi
mimpi di siang hari

( korus )
dirimu... telah lama ku nantikan
wajah yang bermain
di mimpi-mimpiku
hidupku.. kini bagaikan penjara
tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

mungkinkah akan terjadi
dirimu aku miliki
berilah tanda kepastianmu
namun jika tak tercapai
harapanku
selama hayat dirimu tetapku sanjungi
alhamdulillah, siap gak @ 12:46 AM   0 comments
hujan lagi
Monday, August 29, 2005
alamak! hujan lagi..
kalau macam nie tiap-tiap hari, tak bolehlah aku nak merempit,
apa barang rempit dalam hujan?kesihatan nak kena jaga jugak!
merdeka dah dekat nih!
nampak gayanya, tiap-tiap harilah aku kena menimba air hujan dalam rumah aku nih.
dah letih dah.
kalau lepaskan sekor ikan, gerenti boleh berenang punya..
rumah dalam kolam!
alhamdulillah, siap gak @ 12:11 PM   0 comments
sabar? sampai bila?
Monday, August 22, 2005
mengapa kamu
mengapa jadi begitu?
inilah nasibku!


sejengkal lirik lagu dari kumpulan nico. kumpulan tu pun entah hilang kemana.. itu semua tak penting. yang penting sekerat lirik lagu tu macam terkena batang hidung aku!

sabar? berapa lama harus aku bersabar? sehari? seminggu? atau setahun? cuba congak balik, dah berapa lama aku bersabar?

kalau 10 orang aku mengadu, jawaban yang aku terima tetap sama! sabar! patutlah ayat berat mata memandang, lebih lengah bahu memikul tercipta!

apapun terima kasih pada insan2 yang masih mengambil berat tentang aku. sanggup telefon untuk pastikan aku masih hidup! terharu aku! bukan simpati yang aku pinta! tapi..


:: happy belated birthday to my gf [15/08/2005] ::


tak lupa jugak:
+wan ganu [02/08] kalau xsilap aku
+nana [16/08]
+raihan izati [22/08]
+irnie [23/08]
alhamdulillah, siap gak @ 11:31 PM   0 comments
suicide
Thursday, August 04, 2005
bismillahhirohmanirohim.

argh, hari ni aku betul-betul tercabar dengan diri aku sendiri. seperti yang pernah aku tulis dulu. bulan ogos bulan yang penuh cabaran dan dugaan. tetapi dugaan kali ini benar-benar mencabar keimanan aku. aku tak mampu lagi menerima dugaan ini. cukuplah setakat ini aku diduga. aku dah tak mampu lagi untuk menggalasnya. aku takut aku hilang pedoman. aku bukanlah seorang yang gagah untuk bertahan dengan semua yang menimpa diriku ini. tolonglah.. tiada siapa disisiku, tiada siapa untuk aku mengadu, tiada tempat untuk aku luahkan perasaanku ini.. tiada siapa yang benar-benar memahami diriku ini. aku hanya satu, aku hanya seorang, aku hanya diriku.

aku tak sangka telefon pukul 10.40 pagi tadi, izanol yang telefon aku. aku sangkakan telefon untuk bertanya khabar, maklumlah, aku dan dia jarang sekali berhubung. sangkaan aku meleset. dia telefon untuk bagi tau aku dia dah kerja. position akauntan. bukan senang nak duduk post tu. tapi aku tahu kemampuan dia. memang layak dia duduk post tu pun kalau tiap-tiap sem asyik naik pentas terima hadiah. itulah beza aku dengan dia. sebagai seorang kawan yang pernah belajar bersama, aku bersyukur dan berbangga. itulah dua perkataan yang aku mampu tumpang. walaupun dua perkataan tu aku tak mampu aku lafazkan, tapi dalam hati kecil itu sudah acap kali aku gemakannya. walaupun kau bekerja di negeri orang, tapi aku yakin dengan habuan yang kau dapat. aku mula tercabar bila ko tanya aku kerja apa. aku tak mampu untuk menjawab. tapi mengenangkan kita pernah bersahabat, aku gagahi jua.

belum pun sempat aku lupakan seketika tentang kebahagian izanol, dugaan seterusnya terpaksa aku tempuhi. tak mampu nak aku nak elak, norud kawan aku ketika sekolah menengah dulu, terserempak dengan aku. kalau dia sahaja aku taklah kisah sangat, ini dia dengan gf dia. sangat-sangat bahagia. ada juga perasaan cemburu mula lahir dalam diriku. maklumlah, orang dah bekerja dan dah mampu beli kereta. siapalah nak dibandingkan dengan aku. bukanlah aku nak kisahkan sangat. memandangkan norud tu bekas bf gf aku sekarang, aku mula kisahkan. tambahan pula aku terserempak kt tempat aku buat kerja. tempat pembinaan. aku mula rasa rendah diri. bukan aku malu kerana aku bekerja ditapak pembinaan. bukan maksud aku menghina orang kerja pembinaan. tapi aku malu dengan diri aku. aku malu dengan keadaan diri aku. aku malu dengan nasib aku. aku malu dengan segalanya.

sampai bila harus aku alami semua ini? sampai bila mesti aku tempuh dugaan ini? sampai bila? sudah puas aku berusaha, telah puas aku berdoa… apa yang mesti aku lakukan lagi? apa yang mesti aku tempuhi lagi? apa dan apa. itulah yang aku fikirkan. berusaha sudah. berdoa sudah. lebih baik aku mati dari terus begini. perlukah aku mati untuk tenangkan hatiku ini? perlukah aku berdoa agar aku mati cepat? perlukah aku berdoa agar tuhan cabut saja nyawa aku ini? perlukah aku lakukan seandainya itu baik untuk diriku? tiba-tiba air mata aku berlinangan..
alhamdulillah, siap gak @ 11:54 PM   0 comments
merdeka!
Monday, August 01, 2005

Aku tak kira, walaupun bulan kemerdekaan start 17 ogos ni, tapi aku start ari ni gak!
alhamdulillah, siap gak @ 11:00 AM   0 comments
bulan ogos datang lagi
bulan ogos dating lagi, bulan yang penuh cabaran, suka, duka, tawa, dan tangisan. paling bermakna pada 15hb, coz my gf bufday, dah 2 tahun berturut-turut aku xkasi hadiah, cuma wish aje. kalau bulan nie sumber kewangan aku masih kritikal, maknanya aku cipta hatrik tak kasi hadiah!
alhamdulillah, siap gak @ 12:08 AM   0 comments
About Me

Name: asd
Home: mesia
About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.

See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2006 Sharing is Caring.