Sharing is Caring

many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...

 
Shout Box


(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku

Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...


Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada


Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
C.I.N.T.A (repost)
Thursday, November 23, 2006


Filem Cinta akan ditayangkan kepada umum pada 30.11.06 nanti. Menurut satu sumber, filem ini mesti ditonton kerana ia memaparkan kisah 5 cinta sekaligus!(kononnya) Wah, selalunya rakyat Malaysia dah jelak dan muak tentang filem di Malaysia ni, almaklumlah, setiap plot jalan cerita mestilah diselitkan dengan kisah cinta. Tak kisahlah sama ada yang bercintanya adalah hero dan heroin ataupun pelakon tambahan. Tapi kali ini aku memang pelik, menurut satu sumber yang telah menonton prebiu filem in telah mengeluarkan statmen bahawa filem Cinta ini boleh dianggap salah sebuah filem terbaik sepanjang tahun ini.

Kalau setakat menggabungkan lima kisah cinta sahaja, itu tidak cukup untuk mengangkatkan filem ini sebagai terbaik. Mungkin dari segi keindahan sinematografi dan warna-warna yang dizahirkan dalamnya. (mungkin sebab aku belum menontonnya). Tapi bagi aku, filem ini mungkin sekadar memenuhi kalendar perfileman Malaysia yang bakal melabuhkan tirainya hujung bulan hadapan.

Hah, tapi Rashidi dah beritahu awal-awal bahawa sang isterinya Vanida tidak melatah adengan dia menCIUM pipi Rita, itu sudah bagus. Ini yang mmbuat aku sesangat untuk menonton filem ini. Bukan senang aku nak tengok suami orang mencium janda. Apatah lagi si isteri umpama aiman tak kisah. Menarik tu! Memahami skrip katakan... Hahaha.... lepas ni bolehlah buat ape saje dengan tiket memahami skrip...

Tapi, aku tak nafikan, para pelakonnya agak mantap dibarisi oleh Datuk Rahim Razali sebagai Cikgu Elyas ber’CINTA’ dengan Fatimah abu Bakar (rubiah), Rashidi Ishak (Haris) ber’CINTA’ dengan Rita Rudaini (Airin), Pieere Andre (Taufiq) ber’CINTA’ dengan Sharifah Amani (Arianna), Que Haidar (Dhani) ber’CINTA’ dengan Nanu Baharudin (Dyan), Eizlan Yusuff (Azlan) ber’CINTA’ dengan Fasha Sandra (Azura) (bilakah kau mahu hadir dalam mimpiku?).

Sumber: Utusan Malaysia 16.11.06





Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila tiba detik, kembalilah kepadaNya,
Kita datang ini, kosong tangan kosong dada,
Bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti kepada Tuhan dan insan,
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang,
Usah derhaka kepada Tuhan kepada Insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat,
Atau segera sesat, puja darjat puja pangkat,
Segera kita insaf, kita ini punya kiblat,
Segera kita insaf, kita ini punya tekad.


Song Tetamu Senja by Kopratasa.
alhamdulillah, siap gak @ 5:46 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: asd
Home: mesia
About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.

See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2006 Sharing is Caring.