Sharing is Caring

many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...

 
Shout Box


(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku

Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...


Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada


Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...

Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala

Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
lia - suatu pembohongan
Wednesday, September 28, 2005
aku rebahkan badan atas katil. mata dipejam. nafsu mula mengelamun...

terdengar azan subuh, jam baru pukul enam, aku sambung tidur. aircond diperlahankan. selimut ditarik. argh...
tiada mimpi yang indah, cuma tidur kosong.
aku terjaga lagi, matahari dah tinggi. bantal berselerakkan dilantai. aku bingkas bangun. rokok dinyalakan. asap bergumpalan.
aku bergegas mandi, sekadar mandi kosong. gigi diberus, rambut disyampu, badan disabun. muka xcuci, loreal dah habis.
aku pakai jeans, t-shirt putih. turun ke dapur.
buka tudung saji. cuma ada roti bakar. hati ku terbakar. aku panggil bibi. buatkan aku sanwich, secawan susu panas. aku marah bibi. tak reti nak sediakan sarapan aku. dah 8 tahun jadi orang gaji, sarapan aku masih diabaikan.
bibi terdiam. turut saja kehandak aku. sanwich dihidang, susu panas di sediakan. aku makan sekeping, susu separuh cawan.
aku capai kunci kereta. arg... mana kunci jazz aku? adik aku dah bawa ke sekolah, pantang aku bangun lewat, mesti kereta aku disapu!
aku guna perdana bapak aku. dia bukannya tahu. asyik-asyik outstation. kali ni ke bali. apa tujuannya aku tak tahu. mama sibuk dengan persatuan wanitanya.
aku pandu tanpa arah tuju. handphone aku bernyanyi. akon-lonely. macam diri aku yang lonely.
lia call, suruh aku ambik kt airport. aku setuju. pandu dengan lajunya. aku singgah 7E, beli dunhill 20. awek cun 7E senyum kt aku. tapi bukan taste aku. aku hulur rm7. aku belah. baki aku halalkan untuk dia.
jam 2.25 petang. lagi 15 minit flight lia sampai. aku lepak aja dalam kereta. pasang mp3. p. ramlee. nak buat macam mana. itu aja yang ada. idol bapak aku kot.
lia call. dah sampai. aku pergi sambut. rindu jugak. dekat setahun aku tak jumpa dia.
mintak aku bawakan ke hotel. no problem. lia tu selalu menyusahkan aku. tapi aku suka. pasti aku dapat habuannya. maklumlah, awek kota metropolitan.
singgah dekat kfc jln stadium. cuma minum aja. aku xsuka sangat kfc nih. tapi mana ada restoran yang best kt sini.
borak kejap.
bergegas ke hotel. lia check in. aku ikut aja. buat donno aje. lama tak tidur hotel. tambah pulak dengan lia. owh seronoknya. syaitan menguasai diri...
jam pukul 9.00 malam kami ke club. just nak enjoy aje. setakat club kt sini, boleh la nak suka-suka. tapi, kalau nak bersuka-ria, tak payahlah.
lia macam biasa. air mahal diordernya. aku pun turut merasa... segelas, tambah satu lagi.
lia masih ok, tapi aku tak ok. lia beritahu aku dia nak jumpa adiknya sekejap. setahu aku dia mana ada adik. aku tahu dia bohong. apatah lagi cerita nie pun bohong...
alhamdulillah, siap gak @ 2:29 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: asd
Home: mesia
About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.

See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2006 Sharing is Caring.