many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...
Shout Box
(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku
Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada
Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
suicide
Thursday, August 04, 2005
bismillahhirohmanirohim.
argh, hari ni aku betul-betul tercabar dengan diri aku sendiri. seperti yang pernah aku tulis dulu. bulan ogos bulan yang penuh cabaran dan dugaan. tetapi dugaan kali ini benar-benar mencabar keimanan aku. aku tak mampu lagi menerima dugaan ini. cukuplah setakat ini aku diduga. aku dah tak mampu lagi untuk menggalasnya. aku takut aku hilang pedoman. aku bukanlah seorang yang gagah untuk bertahan dengan semua yang menimpa diriku ini. tolonglah.. tiada siapa disisiku, tiada siapa untuk aku mengadu, tiada tempat untuk aku luahkan perasaanku ini.. tiada siapa yang benar-benar memahami diriku ini. aku hanya satu, aku hanya seorang, aku hanya diriku.
aku tak sangka telefon pukul 10.40 pagi tadi, izanol yang telefon aku. aku sangkakan telefon untuk bertanya khabar, maklumlah, aku dan dia jarang sekali berhubung. sangkaan aku meleset. dia telefon untuk bagi tau aku dia dah kerja. position akauntan. bukan senang nak duduk post tu. tapi aku tahu kemampuan dia. memang layak dia duduk post tu pun kalau tiap-tiap sem asyik naik pentas terima hadiah. itulah beza aku dengan dia. sebagai seorang kawan yang pernah belajar bersama, aku bersyukur dan berbangga. itulah dua perkataan yang aku mampu tumpang. walaupun dua perkataan tu aku tak mampu aku lafazkan, tapi dalam hati kecil itu sudah acap kali aku gemakannya. walaupun kau bekerja di negeri orang, tapi aku yakin dengan habuan yang kau dapat. aku mula tercabar bila ko tanya aku kerja apa. aku tak mampu untuk menjawab. tapi mengenangkan kita pernah bersahabat, aku gagahi jua.
belum pun sempat aku lupakan seketika tentang kebahagian izanol, dugaan seterusnya terpaksa aku tempuhi. tak mampu nak aku nak elak, norud kawan aku ketika sekolah menengah dulu, terserempak dengan aku. kalau dia sahaja aku taklah kisah sangat, ini dia dengan gf dia. sangat-sangat bahagia. ada juga perasaan cemburu mula lahir dalam diriku. maklumlah, orang dah bekerja dan dah mampu beli kereta. siapalah nak dibandingkan dengan aku. bukanlah aku nak kisahkan sangat. memandangkan norud tu bekas bf gf aku sekarang, aku mula kisahkan. tambahan pula aku terserempak kt tempat aku buat kerja. tempat pembinaan. aku mula rasa rendah diri. bukan aku malu kerana aku bekerja ditapak pembinaan. bukan maksud aku menghina orang kerja pembinaan. tapi aku malu dengan diri aku. aku malu dengan keadaan diri aku. aku malu dengan nasib aku. aku malu dengan segalanya.
sampai bila harus aku alami semua ini? sampai bila mesti aku tempuh dugaan ini? sampai bila? sudah puas aku berusaha, telah puas aku berdoa… apa yang mesti aku lakukan lagi? apa yang mesti aku tempuhi lagi? apa dan apa. itulah yang aku fikirkan. berusaha sudah. berdoa sudah. lebih baik aku mati dari terus begini. perlukah aku mati untuk tenangkan hatiku ini? perlukah aku berdoa agar aku mati cepat? perlukah aku berdoa agar tuhan cabut saja nyawa aku ini? perlukah aku lakukan seandainya itu baik untuk diriku? tiba-tiba air mata aku berlinangan..
Name: asd Home: mesia About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.