many people believed sharing is caring, but for me, I think, SHARING IS SCARING...
Shout Box
(since Nov06)
Hidup-Hidup Di Bakar
Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak kehidupanku
Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya
Membuat ku hilang arah
Luka berdarah
Dan aku dibakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Sampai bilakah bila ?
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata
Ketuk pahat di dada
Sampai bilakah bila ?
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku di bakar...
Kerna telah terlalu lama
Kita bersama kejar kejora
Ku sangkakan takdir kau dan aku sehala
Jauh sekali tanggapanku
Hilang seri muncul awan kelabu
Merampas segala yang dulu milik aku...
Hidup-hidup dibakar...
Harapan terbakar
Menyala-nyala
Api membara
Hangus di bakar
Di dalam kamar...
bukit tinggi...
Thursday, November 30, 2006
saje plag gmbr sibil kt fotopej dia, menarik dia design... aku kasi lima bintang, ramai yg memuji, pasti kembang hidung dia! kasi ajar sama aku la... ada kamu mahu?
Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.
Masih gagal juga? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas... kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar "Sayang abang tak ulang lagi" katakan "Sayang....abang alpa" bisikkan "Darling... I lupa..." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata... segermelapan intan..." sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah" Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh... Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami? Apakah tandanya hanya aku di hatimu? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti:
Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu... seorang isteri.
(happy birthday utk kakak aku yg ke 29, hahaha, hg dh tua)
hari hujan, dengan selamber je aku p keje lewat, maklumlah bos xde, so akulah jd bos. ngahaha...
balik buat persiapan pergi kl, kursus satu minggu, sempatlah aku ambik kesempatan utk jalang2, jumpa kawan2. oh, lama tak jumpa, mungkinkah kita dapt bemesra dansa?
Filem Cinta akan ditayangkan kepada umum pada 30.11.06 nanti. Menurut satu sumber, filem ini mesti ditonton kerana ia memaparkan kisah 5 cinta sekaligus!(kononnya) Wah, selalunya rakyat Malaysia dah jelak dan muak tentang filem di Malaysia ni, almaklumlah, setiap plot jalan cerita mestilah diselitkan dengan kisah cinta. Tak kisahlah sama ada yang bercintanya adalah hero dan heroin ataupun pelakon tambahan. Tapi kali ini aku memang pelik, menurut satu sumber yang telah menonton prebiu filem in telah mengeluarkan statmen bahawa filem Cinta ini boleh dianggap salah sebuah filem terbaik sepanjang tahun ini.
Kalau setakat menggabungkan lima kisah cinta sahaja, itu tidak cukup untuk mengangkatkan filem ini sebagai terbaik. Mungkin dari segi keindahan sinematografi dan warna-warna yang dizahirkan dalamnya. (mungkin sebab aku belum menontonnya). Tapi bagi aku, filem ini mungkin sekadar memenuhi kalendar perfileman Malaysia yang bakal melabuhkan tirainya hujung bulan hadapan.
Hah, tapi Rashidi dah beritahu awal-awal bahawa sang isterinya Vanida tidak melatah adengan dia menCIUM pipi Rita, itu sudah bagus. Ini yang mmbuat aku sesangat untuk menonton filem ini. Bukan senang aku nak tengok suami orang mencium janda. Apatah lagi si isteri umpama aiman tak kisah. Menarik tu! Memahami skrip katakan... Hahaha.... lepas ni bolehlah buat ape saje dengan tiket memahami skrip...
Tapi, aku tak nafikan, para pelakonnya agak mantap dibarisi oleh Datuk Rahim Razali sebagai Cikgu Elyas ber’CINTA’ dengan Fatimah abu Bakar (rubiah), Rashidi Ishak (Haris) ber’CINTA’ dengan Rita Rudaini (Airin), Pieere Andre (Taufiq) ber’CINTA’ dengan Sharifah Amani (Arianna), Que Haidar (Dhani) ber’CINTA’ dengan Nanu Baharudin (Dyan), Eizlan Yusuff (Azlan) ber’CINTA’ dengan Fasha Sandra (Azura) (bilakah kau mahu hadir dalam mimpiku?).
Sumber: Utusan Malaysia 16.11.06
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja, Bila tiba detik, kembalilah kepadaNya, Kita datang ini, kosong tangan kosong dada, Bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala.
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang, Bawalah bakti kepada Tuhan dan insan, Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang, Usah derhaka kepada Tuhan kepada Insan.
Bila kita lihat manusia lupa tempat, Atau segera sesat, puja darjat puja pangkat, Segera kita insaf, kita ini punya kiblat, Segera kita insaf, kita ini punya tekad.
pintu sepiku yang bertahun terkunci terpaksa aku bukakan perlahan-lahan kerana ku khuatir bisikan yang berbalam dengan ku seharian akan menenggelamkan keayuan
andai terjadi mana lagi tempat ku kerna aku impikan mimpi sedia kala menunaikan janjiku pada diri sendiri untuk ku miliki cinta dulu asalnya AKU YANG PUNYA
mana datang cahaya bukanlah satu cerita siapa pun kau ku sudi terima
biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan yang penting hatiku DAPAT KAU TAWAN
Yeah...tuan-tuan dan puan-puan Ini sebuah kes ikuti laporan suspek utama
Masih tak dapat ku lupa pada malam durjana Di tepi bahu jalan ku tunggu temanku Jam pukul satu suku, metropolitan di malam minggu Sudah menjadi kebiasaan hidupku Masroni tiba tepat setengah jam terlewat Dalam tergesa-gesa berpeluh di muka Ku kata oh mengapa lu macam gabra? Katanya ada masalah besar, ibuku dalam trauma huh penipu nombor satu Jadi mengapa ke sini, pergilah bersama ibumu, Roni Kita berjumpa lagi lain hari Namun dia menjawab dia ada bungkusan yang harus diberikan ke teman di Blok 208 Mungkin kerana kasihan aku dengan sukarela kata ku sanggup menghantarnya Bersendirian bergegas ke situ Belum sempat untukku mematikan lampuku Tiba-tiba diserbu Hidup-hidup ditipu
Sampai bilakah bila hidup perlu sengsara Hanya dalam sekelip mata ku hilang segala-galanya Sampai bilakah bila azab terus terasa Aku terkurung dalam penjara semata-mata kerananya Aku ditipu oleh kawanku
Ini sambungannya, dengarkan...
Tolong ampunkan saya tak tahu apa-apa Dalam perjalanan mencari Blok 208 \"Kamu ditahan di bawah kanun keseksaan, mengedar dadah berbahaya Jangan bergerak, angkatkan tangan!\" Tapi saya tak berdosa, mana tahu isi kandungnya Sekadar sampaikan bungkusan teman yang minta saya kesini kini tersadai Tanganku digari dan dibawa ke balai Hidup-hidup ditipu!
Di mahkamah ku berseorangan Mendengar tuduhan Yang Arif bacakan Tiada saksi yang dapat membantu Hidup tersia Hidup-hidup ditipu
Mungkin ku akan mati semata-mata kebodohanku Kedua orang tuaku bersedih, malu Tak mungkin lagi ku rasakan sinar Hatiku terbakar memberontak hilang sabar
Sampai bilakah bila hidup perlu sengsara Hanya dalam sekelip mata ku hilang segala-galanya Sampai bilakah bila azab terus terasa Aku terkurung dalam penjara semata-mata kerananya Aku ditipu oleh kawanku
Aduh, mahu saja aku balik tido, selimut kepala dengan sehelai tuala. Lelap mata tidur lena kosongkan minda seketika. Bukan sahaja lari dari masalah tetapi apa yang paling enak adalah lari daripada manusia yang hanya mampu berbicara seribu kata tetapi tiada makna. Ya, tiada makna. Memang kosong belaka. Ibarat tong kosong yang diketuk oleh seorang manusia berbilang kali seperti melepaskan geram. Ya, itu saja, lepaskan geram laksana apa yang dikata semuanya benar belaka, apa yang dikata semuanya benar, apa yang orang lain buat semuanya salah, itu salah, ini salah, semuanya salah. Tapi, bila orang suruh buat (walaupun dah tahu salah) tetap ko buat jugak. Ya, tahu pun buat. Bukan nak menyerdarkan siapa kuli, apatah lagi nak menghina sebagai kuli. Ingatlah, kita semuanya sama, tiada siapa yang tinggi. Tapi kita juga jangan lupa, kita adalah khalifah yang diamanahkan untuk memerintah. Ya, kalau ada pemerintahan, tentu sekali ada pemerintah, kuli apatah lagi. Tapi bukan itu yang di'highlight'kan. Tapi sengaja ditekankan. Kita hidup tak lama.
"Pernahkah kau bermimpi seketika berada ditempat ku?..."
I wonder if you know How they live in Tokyo If you see me then you mean it Then you know you have to go Fast and furious (Drift, Drift, Drift) Fast and furious (Drift, Drift, Drift) (Repeat)
(Japanese verse) Rasha ii, omachito sama kenso mamiro konoma chinoenso dama tamama ichii do itsu eoi de sikayju miryu suruhudoni ko kana Japan, Ichiban Jump around sawchirono deban Teriyaki Boyz in the place to be he said intyaro kai in VIP
many many diamonds danglin Bag full of money we stranglin Hate me, fry me, bake me, try me All the above cuz you can’t get in I don’t want no puro buremu Because muy professional Make you, shake you, ketsu (Thank you!) Haters take it personal
(Japanese verse) like kakanada tai tets o now drop it on lets go now na nachima mai nimits o lets not chiki chima over wets go nets go tsuhilohilo over every color esgo esgol ju waktu chunai niikro new waksu itsukunai pingpoi
(Chorus) I wonder if you know How they live in Tokyo If you see me then you mean it Then you know you have to go Fast and furious (Drift, Drift, Drift) Fast and furious (Drift, Drift, Drift)
(Japanese verse) HI. Wakashteruya Boyz. ateyuma kitobas noise. manshij kitemas indaghe tow banow gazmo windemas beyshiku wasupplies de. majmanchika abunai te. ninjehu kenjahu dakido geisha all on the rocks say karanosha
Should see me in the parking lot 7-11 is the spot Fights with wings and shiny things And lions, tigers, bears, Oh my ride We’re furious and fast Super sonic like JJ Phat An’ we rock cuz the wheels are fly Can’t be doubt with a baseball bat
(Japanese verse) like kakaru a kiyo koto sa matata in dey soki sayk yo ingosipta sh*to fokusai tekimatzailo kwanzai fola kwanza fara daka bumotosto dojidas score four points from far east coast to dosi sai watashi no kansito
(Chorus) I wonder if you know How they live in Tokyo If you see me then you mean it Then you know you have to go Fast and furious (Drift, Drift, Drift) Fast and furious (Drift, Drift, Drift)
(Japanese verse) ya, ichipa mayni chito kitong kitas hito aylam tobi tobida mueruyo sh*to bochi bochi na kuma nigi dasusu kochi kochi eh hito a puro do resow machu subetenu rekong mechakari mundantesha fu guchaw chan fast an furious
It’s gotta be the shoes Gotta be the furs That’s why ladies choose me All up in the news Cuz we so cute That’s why we so huge Harajuku girls know how i feel They respect i keeps it real Not a Chinaman cuz I ain’t from China man I am Japan man
(Girls Talking) You see him come and go out of the black Benz SLR. I wonder where he get that kind of money? Don’t worry about it. Lets Go
(Chorus) I wonder if you know How they live in Tokyo If you see me then you mean it Then you know you have to go Fast and furious (Drift, Drift, Drift) Fast and furious (Drift, Drift, Drift)
Name: asd Home: mesia About Me: Dilahirkan pada hari isnin 18 Raby` al-awal 1403 bersamaan Jan03, 83 setelah percantuman dua benih didalam rahim seorang insan yang bergelar ibu.